December 21, 2010

tafsiran kedua


ingat tak lagi pada manusia berperut gendut yang pernah aku ceritakan dulu. hurm hari ini hampir dua minggu aku bekerjasama dengan dia. tak banyak masa diluangkan bersama dalam masa masa itu tapi dapat juga aku mengubah beberapa persepsi buruk aku pada manusia berperut gendut ini.

dan sememangnya aku harus memegang pada kata kata, "dont judge the book from its cover''.
SETUJU!!!!! hari pertama dulu, aku telah meletakkan perasaan yang kurang senang pada manusia berperut gendut, tapi setelah hampir dua minggu bersama aku telah nampak kebaikan dari keburukan manusia berperut gendut ini.

kata katanya semakin halus, budi bicaranya bersusun cuma sesekali agak menyimpang, jarang jarang juga berbuat lawak tapi ada mase untuk tersenyum dan ketawa. tapi ada sesuatu yang lebih membuat aku merubah persepsi aku pada manusia berperut gendut ini. ILMU!!!!!

yup...betul, manusia berperut gendut ini memang penuh dengan soalan dan kata kata tapi disebalik pertanyaan itu tersimpan jawapan jawapn yang aku boleh katakan ilmu yang sangat tinggi dan tak ternilai. manusIa berperut gendut ini tidak lokek walau sekecil kuman ilmu untuk dikongsi. setiap hari ada sahaja pelajaran baru serta maklumat yang diberikan. aku suka akan cara begitu jika dibandingkan dengan yang lain lain yang hanya senyum dihadapan tetapi menyerong mulut di belakang.

semakin hari aku ssemakin selesa berada bersama manusia berperut gendut ini. memang betul kata orang
tak kenal maka tak cinta.


No comments:

Post a Comment