December 9, 2010

bezakah kita???

hampir seluruh pagi aku diisi kebosanan dan menjadi tugu kepada pintu pintu serta seperti patung yang berderetan di kuil kuil yang aku pernah lihat. sangat tragiknye keadaan itu apabila pada satu ketika ruang itu dipenuhi dengan berpuluh puluh manusia yang mundar mandir mencari arah serta seolah olah sedang berfikir seperti seorng perdana menteri yang sedang mencari penyelesaian untuk kemajuan ekonomi negaranya....

seketika selepas berputarnya jarum jam 360 darjah ke arah kanan, sekumpulan insan istimewa yang dilihat berjalan bersama sebatang kayu, ada yang dipimpin, ditolak dengan kerusi besi beroda dan yang berjalan bersendirian memasuki ruang 25x40m persegi itu. alangkah kalutnya puluhan manusia di dalam ruang tersebut mencari jalan keluar melepasi insan istimewa itu. tinggallah aku bersama-sama beberapa manusia lain membantu insan istimewa tersebut. bermulalah agenda pada hari ini kepada insan istimewa, mengangkat tangan dan kaki memulakan langkah untuk satu pergerakan ke pergerakan. begitu bersemangatnya mereka melakukan setiap pergerakan itu walaupun pada dasarnya tenaga dan kebolehan mereka dibatasi dengan kecacatan yang dialami. tapi kerana dedikasi serta motivasi dalam diri untuk terus mengfungsikan diri insan istimewa ini tidak pernah berputus asa.

terlihatkan pada sesuatu yang lebih menarik di ruang sebelah, kaki aku melangkah menuju ke destinasi tersebut dan mata aku tiba-tiba tertancap pada seorang lagi insan istimewa yang sedang menerima rawatan bersama seorang lagi manusia yang kali ini agak gendut perutnya serta keadaan fizikal yang agak pendek. terlihat di jari manisnya sebentuk cincin. ah dia sudah beristeri...(oh tidak!!kenapa perkara ini yang perlu dipersoalkan)...lupakan seketika.....
sapatah perkataan menjadikan sebaris soalan yang aku ajukan pada manusia berperut gendut itu. bagus!!!dia menjawab dengan baik sekali, mungkin dia ini antara manusia yang baik sekali, tapi nanti dulu, masih terlalu awal untuk menjadi juri untuk menilai luarannya. beberapa perkataan yang keluar dari mulut manusia berperut gendut ini tiba tiba telah bertukar kepada beberapa persoalan yang diajukan kepada manusia manusia lain disekeliling aku. keadaan tiba tiba menjadi sepi, terlihat pada mulut yang terkumat kamit serta mata yang menjuling juling dan akal merewang mencari jawapan, ada antara manusia manusia itu kelihatan biol dan berlalu dari ruang itu.

sepasang mata yang agak bulat itu tertumpu kepada aku, oh tidak!!! mata manusia berperut gendut itu berada pada aku, sudah pasti manusia berperut gendut itu mahukan jawapan daripada aku. serta merta aku melepaskan pandangan aku pada manusia manusia lain. sesaat selepas itu, bersuaralah manusia berperut gendut itu dengan hujah hujah nya serta gaya lagaknya memberi jawapan dan seketika aku tersedar dalam hujahnya itu berbunyi sindiran kepada aku. aku terus berdiam dan meletakkan nokhtah di baris perkataan aku. pedas betul bahasa dan lenggok tutur manusia berperut gendut itu atau boleh aku simpulkan dia adalah manusia yang agak kerek!!!!!!serta merta dalam hati aku timbul perasaan menyampah dan meluat akan gaya lagak manusia berperut gendut itu. bahasanya menjadikan dia seorang yang berhidung tinggi, sudahla......bukan kau sahaja yang hebat, tidak hairanla sebab kau berpengalaman bertahun sedangkan manusia lain baru merangkak mencari gerak... selesai sudah insan istimewa menerima rawatan, aku segera melangkah meninggalkan ruang tersebut dan melalui lorong yang berkerusi. berehat seketika bersama manusia lain sambil melepaskan ketidakpuasan hati dan meluahkan isi hati yang terhiris kepada manusia lain. alahamdulliah, seketika aku terasa lega.

lega dapat melapangkan dada dan fikiran apabila seorang lagi manusia yang aku pernah berbicara tentang kisah lama ketika aku berjumpanya di selatan atas urusan kerja. kisah lama????bukan soal cinta, bukan soal hati dan bukan soal perasaan. soal kerja yang ditekankan. pernah beberapa bulan lalu berjumpa manusia ini ketika membuat lawatan di selatan dan dia antara manusia yang paling baik dan sempoi boleh aku katakan. mungkinkah sebab dia pernah berganding bahu bersama manusia seperti aku (manusia semenanjung) sedangkan yang lain tidak dan hanya berada di kelompok borneo sahaja dan telah meletakkan perasaan tidak senang kepada manusia semenanjung. hurmmmmm.. tapi kau juga bergurukan manusia semenanjung, apakah selepas berjaya begitu mudah kau menjadi manusia yang lupa serta lagak....

abaikan sahaja perasaan geram dan marah pada manusia berperut gendut itu. tidak ada rasa lagi aku mahu bicara tentang dia. kembali pada manusia yang aku pernah jumpa dahulu. sungguh manis senyumnya dan sungguh bergaya jalannya. hahahha, sudah pasti akan ada gadis yang terpikat akan sifatnya. oh sudah la memuji muji diri manusia itu. tapi aku sangat bersyukur dalam waktu waktu begini ada juga manusia yang lembut hatinya menemani serta menghiburkan hari hari ku. sungguh budiman orangnya, tuturnya bahasnya bagus, bicaranya tersusun. tidak sedetik dan seperkataan pun yang buat aku terguris malah aku terhibur. terima kasih aku pada manusia ini kerana mungkin kita berada di paksi yang sama. kita berada di situasi yang sama, situasi baru dan keadaan baru.

No comments:

Post a Comment