December 31, 2010

bersama 3 idiots

hari ni jumaat yang sangat best dan aku dapat gelak dengan sepuas puasnya....dah lama tak cakap tentang filem kan. last skali aku tulis pasal filem ' Aku Masih Dara'. tapi tak tengok lagi cerita tu. tak de masela nak tengok aka tak de orang yang berminat temankan aku tengok cerita tu. Last skali filem yang aku tengok and the latest is Narnia: The Voyage of the Dawn Treader 3D. best citer tu...sangat best and tak membosankan...... wink2... ;)

tapi aku bukan nak cerita pasal narnia, ngangkung or hantu kak limah balik rumah...tapi nak cerita pasal filem hindustan. filem ni act dah lame dah dari tahun lepas lagi cuma aku je yang tak tau akan kewujudan filem ni tak pon aku dah lame tak ambil tahu tentang filem hindustan. dah lame gile tak tengok hindi movie, mungkin sebab sekarang ni banyak yang tak best....

semuanya bermula bila adik aku bukak chanel astro fiesta. mula mula tengok tajuk..ala bese je, pastu adik aku cakap best..aku cam buat bodoh je sebab cam malas la nak layan movie hindi nie....malam tu pulak aku tengok ade lagi cite tu and even dalam paper pon tulis jangan lupa menonton filem 3 idiots malam ini....then hari ni, bukak fiesta, ade lagi cite tu. kali ni baru start je, selalunya aku tengok dah separuh jalan...so layan jela......layan punya layan...mak aih sampai nak terkeluar anak tekak aku menjerit, menangis nangis aku tengok cite ni. bukan sebab sedih tapi sebab terlalu lawak. and yang bestnya lawak dia bukan la lawak bodoh cam kita selalu tengok dalam filem2 melayu kita, tapi jenaka die memang memberi maksud dan jenaka yang berunsur sindiran sinis tapi takla sinis sangat...apepun yang aku boleh katakan memang best tahap karma sebab aku gelak dari awal cerita sampai habis cerita.... :D

filem nie tajuk 3 idiots arahan Rajkumar Hirani dan pelakonnya ialah hensem man yang macho dan boleh mencairkan aku la...sape lagi Aamir Khan...(memang macho giler!!!), heroin dia plak Kareena Kapoor dan kawan kawan idiots yang lain ialah R. Madhavan, Sharman Joshi, dan Boman Iran. yang lain2 pelakon ni takla familiar sangat tapi dorang berlakon memang superb best.......nie sket sipnopsisla pasal filem ni....tapi minta maafla aku tak pandai sangat nak cerita sangat....tryla ea..... ;)

cerita ni tentang pelajar pelajar U yang amik jurusan jururtera yang ada diantara tu dipaksa and ade yang suka rela....so, dorang berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik di antara yang terbaik..tapi cuma sorang je pelajar yang hanya fikir untuk belajar tapi bukan untuk bersaing dengan yang lain, sebab die adalah pelajar genius.....disebabkan dia genius, die telah menyebabkan pengarah temapt die belajar tu menyampah dengan dia...tapi dia cool je.....

macam2 berlaku sepanjang dorang belajar kat U, ade yang lawak, happy, sedih, menyampah and macam2la.....kena tengok baru ade feellllllllllll!!!! kalo setakat bace je tak de nikmat sangat....and sampaila dorang habis belajar....so bila masing masing dah capai cita2, tibala masa untuk bertemu semula, tapi seorang kawan dorang ni menghilangkan diri lepas je habis U...so 2 lagi rakan ni menjejak semula kawan lama dorang...so kalo nak tau ape ending cita nie kenela tengok ea...

aku bet ramai yang dah tengok cite ni....sape dah angkat tangan....eh eh.....sape dah tengok commentla ea.....nak tau jugak ape korang rasa kat filem ni...best ke tak kan..ke aku syok sendiri....eh tapi mesti syok kan kan.....tak caye korang pegila beli cd, tak pon download mane2 (kalo ade)..tak pon tengok je kat astro fiesta tu.....best woooooooooooo........double thumbs up la....
k2 lepas ni nak kuar and cari cd 3 idiots..memang tak rugi beli kot sebab memang best especially bila tengok lawak yang sempoi dan berkualiti....:)

No comments:

Post a Comment