April 22, 2011

Let go

aku biarkan perasaan itu pergi
mungkin dah sampai masa tuhan tarik balik
mungkin tuhan mahu kurniakan sesuatu yang lebih baik
ada hikmah disebalik

aku redha
biarkan berlalu perlahan lahan
supaya kita tak terkejut
supaya kita tenang

sedih
dah terlalu lama masa
kenal ketawa dan derita
cinta dan kecewa

petunjuk demi petunjuk
kumat kamit doa
air mata pasrah
akhirnya ada rahmat dari Allah

terima
alhamdulillah
walau belum cukup kuat
kena jadi gagah

terpaksa
walau sukar
mungkin itu jalan terakhir
sebab aku tak mampu

berdiam diri seketika
bila mampu untuk bersuara
semua akan tahu
kita tak ada apa apa


sayang cinta dan kasih
rindu nun jauh
tiada benci tiada marah
cuma jodoh berakhir

tuhan beri petunjuk
jalan yang lebih luas
cahaya yang tenang
hidup yang aman

cinta ini
cinta abadi
dari hati
bawa ke syurga

percaya
tiada pengganti yang memisahkan cinta
cuma kerana Allah

No comments:

Post a Comment